Saturday, December 17, 2011

BONGKAR: Bukan Isa Samad, Mr. X paling berpengaruh dalam FELDA !!!



MODUS OPERANDI - Pemecah-belahan belia-belia Felda.
MOTIF - Mendapat keuntungan dari penyenaraian secara "one-off" atau mungkin berterusan selain supaya Mr. X dapat membolot pembelian saham FGV.

Mr. X
- Perancang utama. Juga bertindak meyakinkan PM tentang rancangan penyenaraiannya.

Isa Samad
- Pelaksana. Bertanggungjawab melaksanakan pelan Mr. X melalui bantuan kroni di dalam BoD Felda sendiri. Antara tunggul yang menghalang usaha beliau ini adalah Dato' Dzul dan Pak Sam. Kerana dua-dua ini juga, beliau hampir gagal apabila SKM meminta beliau dibuang keahlian KPF. Nasib baik, atas pengaruh Mr. X, beliau telah menjadi ahli semula dan dilantik menjadi Pengerusi KPF. Kerana itu, beliau lebih tergesa-gesa dan semakin rakus melaksanakan rancangan kerana jika gagal lagi, Mr. X akan bertindak sendiri.

Sabri Ahmad
- Penolong Pelaksana Utama. Tanpa beliau, Isa Samad menghadapi kesukaran dari segi sokongan kewangan dan tidak dapat melaksanakan perancangan beliau. Beliau telah dijanjikan kontrak sambungan dan bonus dari pelaksanaan rancangan ini, namun begitu orang Isa Samad telah pun bersedia untuk menikam belakang Sabri Ahmad sendiri.

Faizoull Ahmad
- Batu loncatan utama. Isa Samad telah lama merancang untuk menjadikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Besar Komuniti. Dengan jawatan tersebut beliau lebih mudah berganding bahu dengan Anuar Manap dalam menarik sokongan belia Felda. Berikutan prestasi kerja yang sangat-sangat mengecewakan, beliau hanya memakan diri dengan mengikut arahan Isa Samad. Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa beliau telah melalui "double promotion" untuk mendapat jawatan tersebut. Melainkan beliau bersetuju mengundurkan diri atau bersara, karier beliau dalam Felda akan berakhir dengan keaiban dan dalam tempoh yang singkat.

Encik X, Encik Y, Encik Z dan seterusnya (Nama dirahsiakan)
- Seperti Faizoull, dijadikan batu loncatan oleh Isa Samad. Menggunakan taktik pasti menang Isa Samad, hanya sama ada X, Y, Z ataupun Faizoull akan menjadi Pengarah Besar Felda. Walaupun terpaksa berebut, peluang mereka tidak boleh dilepaskan, lebih-lebih lagi apabila dijanjikan menjadi ahli lembaga pengarah anak syarikat FGV dan KPF.

Anuar Manap
- Bertanggungjawab memecahbelahkan Felda melalui penguasaan belia-belia Felda. Sebagai Pengerusi MBFM, beliau mempunyai kuasa untuk melaksanakan peranan beliau...

Zahid Mat Arip
- Penyebar Propaganda melalui Media. Mempunyai banyak kawan-kawan sependapat berlatar belakangkan politik, jadi tugas beliau adalah sangat mudah. Pengaruh beliau merupakan antara satu sebab Anuar Manap sanggup berpaling muka.

Ehsanuddin
- Penyebar Propaganda secara dalaman. Menggunakan SERANTA, beliau menyebarkan fitnah-fitnah dan memberi informasi kepada para bloggers untuk melemahkan pentadbiran Felda yang sedia ada. Informasi ini pula disebar terus kepada para belia agar belia Felda akan menyokong perjuangan Anuar Manap dan membenci pengurusan Felda.

PERKASA
- Penyebar propaganda melalui sosial dan media... Membuat kenyataan menyokong dalam akhbar selain mengadakan perhimpunan untuk memperlihatkan kekuatan Isa Samad. Tujuan sebenar perhimpunan bukanlah untuk menyokong Isa Samad, tetapi untuk mengancam warga Felda yang ingin menentang rancangan ini.

Penyokong-penyokong (Nama dirahsiakan)
- Melalui arahan Anuar Manap, telah melancarkan perang saraf dalam kalangan belia-belia Felda agar berpecah. Apabila makin ramai yang menyokong Anuar Manap, reputasi politik beliau akan meningkat. Begitu juga, penyokong-penyokong ini dapat membina reputasi masing-masing.

Hampir semuanya saya dah terangkan di sini. Tapi banyak lagi yang perlu kita analisis dari geng ini.

SIAPA PULA KITA???

Di "copy paste" - Raznam Izzat dalam Saya Warga Felda !!!

Friday, December 16, 2011

Isa Samad vs Dato Dzul (DG): Satu kesilapan besar Najib !!! BN bakal tumbang



SERANGAN BERMULA.
(Perebutan Kuasa Politik)

Siapakah yang menyerang, siapakah di serang dan siapakah dalang? Rakan bloger The Flying Kick menerbitkan sebuah emel yang diterimanya daripada seorang pembacanya. Sila ke pautan ini THE FLYING KICKBerikut hamba memetik sebahagian emel tersebut yang pada pendapat hamba merupakan intipatinya:-

Pelbagai perkara yang menimbulkan tanda tanya tentang FELDA sejak PM melantik orang kuat politik menjadi Chairman .........DG FELDA dikurangkan kuasanya, direhatkan... sedangkan ramai peneroka begitu percaya pada beliau dan dekat dgn DG Felda.

Mengapa perlu menambahkan kemarahan peneroka pada kerajaan? Apa keutamaan yang peneroka FELDA akan dapat dalam penyenaraian FELDA? Pink form? Blue form? Ataupun mereka langsung tak tahu apa itu account CDS? UMNO dan kerajaan BN mesti sedar yang mereka telah tersilap langkah dalam menjaga kebajikan pengundi tetap mereka di Felda-Felda.

Jangan salahkan orang lain jika terjadi tsunami yang tidak dijangka pada PRU13! 

-pu3 kbb-
FELDA Global Ventures Sdn Bhd (FGVH) adalah ilham DS Najib. Kita teliti pula kenyataan ini yang di petik dari laman sesawang LAMAN KL TODAY.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa bekas pengerusi Felda Tan Sri Yusof Noor Yusof dan Rozali kemungkinan bergandingan dengan pembangkang dalam menentang penyenaraian FGVH. Katanya, beliau ada maklumat Rozali, yang juga Pengerusi Eksekutif Syabas menyasarkan jawatan pengerusi Felda.
Ini pula petikan kenyataan Tan Sri Rozali (dari LAMAN KL TODAY):
“Masalahnya ialah soal penerangan tidak terurus. Sekarang ia mudah. Felda Global boleh datang kepada kami dan membuat penjelasan, hanya satu pihak. Jadi, kami akan berurusan dengan mereka.“Sehingga kami memahami cadangan penyenaraian, kami tidak akan ya atau tidak. Saya berharap Felda Global Ventures dan Felda akan memahami kekangan kami,” kata beliau. Rozali juga menafikan beliau mahu menggantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Holdings.“Persoalan mengenai jawatan tidak timbul buat saya. Kami bekerja untuk melindungi kepentingan Felda dan generasi semasa dan akan datang.
NGO ANAK di bawah Mazlan Aliman pula sering berkata penyenaraian FGVH bakal merugikan peneroka dalam jangkamasa panjang tetapi tidak menyebutkan bagaimanakah ianya merugikan peneroka.

Banyak persoalan yang sengaja dibangkitkan oleh pihak tertentu mengenai penyenaraian FGVH. Apakah matlamat dan tujuan mereka sebenarnya? 

Adakah benar-benar untuk kebajikan dan kemajuan peneroka FELDA atau untuk kepentingan kerjaya politik mereka sendiri?

Adakah tindakan pelan transformasi FELDA bagi kepentingan jangkamasa panjang peneroka FELDA dan generasi FELDA seterusnya itu adalah salah?

Atau yang cuba menghalanginya daripada berlaku itulah tindakan yang salah?

Kenapa Tan Sri Rozali perlu menyibukkan dirinya dalam soal FGVH sedangkan isu konsesi perkhidmatan air di Selangor pun tidak dapat diselesaikan olehnya dengan bijaksana?

Apakah benar semua peneroka menentang penyenaraian FGVH di bursa saham?

Adakah DS Najib menzalimi peneroka FELDA sedangkan FELDA adalah ilham dan cetusan warisan arwah bapanya sendiri?

Apakah NGO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali benar-benar mewakili suara majoriti peneroka FELDA di seluruh Malaysia?

Sejak bilakah NGO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali itu mendapat mandat daripada semua peneroka FELDA untuk mewakili suara mereka?

Di atas kapasiti apakah Tan Sri Rozali bertindak?

Apakah jasa-jasa tampak Tan Sri Rozali kepada semua peneroka FELDA selama ini?

Apa hendak dikejarkan sangat dalam kerjaya politik ini? Melainkanlah jika benar-benar mampu memberikan manafaat besar kepada ramai orang. 

Kuasa bersifat sementara sahaja. Tidak ada yang kekal berkuasa. Politik ini sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab yang amat berat serta menjadi penyesalan di akhirat kelak kecuali bagi mereka yang ditakdirkan mampu melaksanakannya. Fikir-fikirkanlah. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

di copy paste dari : Jas Salleh

Pengarah Besar FELDA pembelot ? (Siri 2)


Setelah dikenal pasti bahawa ‘gunting dalam lipatan’ yang menjadi ketua segala ‘pengganas halus’ untuk mengagalkan rancangan  Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk menyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) seawal Mac/April 2012 sebagaimana yang diumumkan dalam Ucapan Bajet 2012 pada 7 Oktober, tindakan tegas telah diambil kepada Ketua segala ‘pengganas halus’ ini. Pada 9 Disember, Dato’ Dzulkilfli Abdul Wahab telah menerima surat arahan agar beliau beructi belajar selama lapan bulan dan berkuat kuasa serta merta.

Walaubagaimanapun, ‘keganasan’ kumpulan dalam Lembaga FELDA untuk mengagalkan rancangan penyenaraian FGVH ini. Hari ini, satu demonstrasi akan dianjurkan dihadapan Wisma FELDA, oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaaan (ANAK) yang diketuai warga generasi kedua FELDA yang pro-Pembangkang Mazlan Aliman. Dipercayai ianya bertujuan untuk menghnatar memorandum menyokong Duzlkilfli.

Apa yang menghairankan ialah samada Mazlan dan ANAK selama ini tidak pernah mengambil tindakan menyokong apa apa keputuasan FELDA. Sebaliknya, mereka berterusan mengadakan pelbagai demonstrasi dan menghantar memorandum, termasuk menganjurkan sidang media untuk menghentam FELDA. Mereka juga menuntut agar tanah FELDA Plantations diagih agihkan kepada anak anak negerasi kedua dan ketiga FELDA. Untuk Mazlan dan ANAK tampil kehadapan menyokong Dzulkilfli merupakan satu tindakan yang amat diragukan dan ianya brsifat lebih kepada sandiwara politik semata mata.

Mazlan Aliman: Pengkhianat FELDA
Dipercayai demonstrasi hari ini telah dirancang dan gerakkan secara strategik oleh pendukung pendukung kuat Dzulkifli; Pengawai Khas kepada Pengerah Besar FELDA Dato’ Ramli Ismail, Timbalan Pengarah Besar Abdin Abdul Rahman, Pengarah Kommuniti Mohamad Ibrahim dan Timbalan Pengarah Innovasi dan Pembangunan Generasi Baru Hamimah Ismail.


Nampaknya, sebagai warga kakitangan Kerajaan yang bertugas dalam agensi pembangun masyarakat luar bandar FELDA dan fasilatator kepada semua program kemajuan 317 tanah rancangan seluruh negara, Dzulkifli tergamak bekerjasama dengan mereka yang menjadi agen Pembangkang dalam FELDA semata mata ketamakan kepentingan peribadi semata mata.

Kini timbul pula ura ura bahawa Dzulkifli akan bertanding dalam PRU 13 akan datang dibawah panji Pembangkang di DUN Rantau dan sekiranya menang, akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Jika khabar ini benar, maka ianya membuktikan jelas kerakusan Dzulkifli untuk mempertahankan kepentingan diri sendiri, terutama pendapatan sebagai ahli Lembaga Pengarah 34 anak syarikat Kumpulan FELDA yang memberikan beliau pendapatan RM 700,000 setahun. Mungkin juga, beliau ingin mempertahankan salah laku dan salah guna kuasa yang membawa kepentingan peribadi apabila sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA, telah membuat ‘urusan luar parameter’ dalam kontrak kontrak yang diberikan kepada kontraktor gerak kerja tanah dan penanaman semula.

Tindakan ini semua akan merugikan warga FELDA terutama 112,635 orang peneroka dalam jangkamasa terdekat dan juga strategik. Mereka ini wajar disifatkan sebagai ‘Pengkhianat Bangsa Melayu’.

Dipetik dari: Bigdogdotcom

Pengarah Besar FELDA pembelot ? (Siri 1)


Sudah terbukti. Walaupun berkali kali penafian dibuat dan malah menegaskan bawah beliau “Akur dengan keputusan dan akan berusaha untuk melaksanakanya, termasuk mempercepatkan proses”, musuh dalam selimut sebenar telah dikenal pasti.

Pada mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan FELDA 28 Oktober 2011 di Kuala Lumpur yang telah dibuka oleh Pengerusi KPF Dato’ Dzulkifli Wahab, empat ahli telah di’gugur’kan iaitu Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusoff Nor, Presiden FELDA Global Ventures dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Sabri Ahmad dan Mantan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh.

Ini bermakna, Lembaga Pengarah KPF bawah Pengerusinya Dzulkifli telah mengagalkan rancangan asal Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memberikan hasil dari keuntungan semua perniagaan Kumpulan FELDA terus kepada peneroka melalui pelaburan KPF yang akan diaggregatkan di bawah FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan diapungkan di Bursa Malaysia seawal April 2012. Sebahagian dari rancangan itu ialah melantik Pengerusi FELDA Isa sebagai Pengerusi KPF dan seterusnya menjadi Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings apabila KPF akan memegang 35% dari pegagangan FGVH.

Kemesraan antara Pengarah Besar FELDA dengan Pengerusi FELDA memberikan illustrasi kesefahaman dan kerjasama erat antara pembuat dasar dan pelaksana
KPF telah memaklumkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan surat bertarikh 31 Oktober bahawa Isa dan tiga lain itu di’gugur’kan dari keahlian KPF mereka pada mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober. Ini bermakna Isa secara automatiknya tidak akan boleh dilantik sebagai Pengerusi KPF walaupun dengan kuasa kuasa khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna bawah pengecualian Seksyen 87 Akta Koperasi 1993.Dipercayai Dzulkifli yang juga Pengarah Besar Lembaga FELDA mahu kekal sebagai Pengerusi KPF atas kepentingan peribadi. Beliau dalam kapasiti Pengerusi FELDA menduduki Lembaga Pengarah 34 buah syarikat Kumpulan FELDA termasuk anak syarikat KPF dan dibayar RM 600,000 sebagai yuran pengarah dan gaji dan elaun mesyuarat hampir RM 100,000 setahun, disamping gaji sebagai Pegawai Kerajaaan Staff 1. Ini bermakna, beliau meraih hampir RM 1 juta dari kedudukan ini dan ini tidak termasuk kepentingan lain seperti motorkar, perjalanan luar negara yang berbayar dan sebagainya.

Duzlkifli jelas telah berdusta kepada wakil wakil peneroka dalam siri ‘Road Show’ bersama Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Sabri Ahmad di Kuantan (26 Oktober), Kuala Terengganu (27 Oktober), Melaka (29 Oktober), Trolak (31 Oktober) dan akhir sekali di Kuala Pilah pada 12 November bahwa beliau amat menyokong penuh plan penyenaraian FGVH. Ini termasuk akur kepada keputusan Lembaga FELDA agar arahan Perdana Menteri bahawa jawatan Pengerusi KPF dilepaskan dan Isa dilantik, sebagai menepati program ‘peralihan kuasa’ dan menentukan urus tadbir korporat sebagai gerak-kerja pra-penyenaraian.

Pengarah Besar Lembaga FELDA Dato' Seri Dzulkifli Wahab, Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad dan CEO FGVH Dato' Seri Sabri Ahmad semasa sidang media
Lembaga FELDA dalam mesyuarat pada 25 Ogos memutuskan agar Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi KPF. Ini adalah arahan Perdana Menteri, yang juga Menteri yang bertanggung jawab keatas FELDA.

Dalam ucapan di Kuala Pilah juga beliau menegaskan “Tiada ‘rampasan kuasa’ berlaku” dan “Menjadi tanggung jawab saya untuk mempercepatkan proses (penyenaraian FGVH termasuk ‘peralihan kuasa’ Pengerusi KPF)”. Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau mengkhianati amanah dan janji kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam gerak-kerja penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings, yang mahukan semua perniagaan Kumpulan FELDA diaggregatkan sekali untuk diapungkan dan apa apa kebaikan termasuk keuntungan dari syarikat konglomerat berasaskan pertanian ini disalurkan kepada 112,635 melalui pegangan 35% kepentingan mereka dalam FGVH.

The Icon, Jalan Tun Razak
Difahamkan, Dzulkifli bukan sahaja mempertahankan kedudukan imbuhan yang beliau dapat secara langsung sebagai ahli Lembaga Pengarah 34 syarikat Kumpulan FELDA itu semata mata. Ada kemungkinan beliau mempertahankan apa apa keputusan yang dibuat oleh Lembaga KPF, yang sebenarnya tidak menguntungkan KPF pada jangkamasa panjang. Ini termasuk pelaburan KPF dalam menara The Icon di Jalan Tun Razak, yang difahamkan bernilai RM 400 juta untuk keluasan 500,000 kaki persegi dalam bangunan pejabat yang rata rata kosong itu.

Mereka yang membuat keputusan untuk pelaburan ini bukanlah mereka yang arif dalam perniagaan. Jauh lagi, jika ianya melibatkan pelaburan hartanah bernilai tinggi, terutama dalam kawasan mewah dan kommersial. Tidak dinafikan mungkin ada pihak yang berkepentingan meraih keuntungan peribadi dari pelaburan ini, terutama apabila sudah terbukti ianya amat sukar untuk dipasarkan sebagai ruang untuk disewa.
Siri penerangan pegawai pegawai Lembaga FELDA sebenarnya patut menerangkan dengan jelas kepada warga FELDA terutama peneroka:
1. Tanah milik peneroka tidak terjejas dalam penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings. Hanya tanah FELDA Plantations yang akan dipajak (dengan persetujuan Kerajaan Kerajaan Negeri tertentu)
2. Nilai pegangan KPF dalam FGV bernilai 15% dari nilai aggregat keseluruhan penyatuan FELDA Holdings Bhd dan FELDA Global Ventures, pra-penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings. Selepas penyenaraian, KPF akan mendapat pegangan nilai 35% dari keseluruhan asset FELDA Global Ventures Holdings yanga kan di’bebas-kunci’kan (unlocked value)
3. Yang akan diapungkan hanyalah saham saham FGVH. Manakala KPF hanyalah pelabur pemegang terbesar dalam FGVH. Ianya sama seperti ASNB merupakan pemegang saham terbesar dalam Maybank atau Sime Darby dimana syarikat gergasi ini diapung dalam Bursa Malaysia dan diuruskan oleh pengurus professional dan dikenakan urus tadbir korporat, sesuai dengan kehendak dan amalan pasaran. Saham syer KPF hanyalah boleh dibeli sebagaimana disyaratkan oleh piagam koperasi itu dan tertakluk bawah Akta Koperasi
4. Lembaga FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan dalam agenda membangun sosio ekonomi dan kommuniti masyarakat tanah rancangan FELDA dan fasilitator dan ko-ordinator segala projek dalam semua 317 tanah rancangan dibawah FELDA akan kekal diteruskan, sebagaimana 55 tahun sebelum ini.
Kegagalan memberikan penerangan ini secara jelas sehinggga masyarakat FELDA terkeliru dan merasa tertipu dan marah atas gerak-kerja penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings sehingga Laporan Polis dibuat, wajar dilihat sebagai tindakan secara langsung segelintir pegawai Lembaga FELDA untuk mensabotaj rancangan strategik Perdana Menteri bagi menentukan masyarakat FELDA akan beroleh keuntungan berterusan jangka panjang, melalui pelaburan yang progressif KPF dalam FGVH.
Bagi masyarakat peneroka, mereka wajar merasakan diri mereka dikhianati.

Dipetik dari: Bigdogdotcom

Nasihat buat Anuar Manap (Presiden MBFM)

NAMA: Anuar bin Manap, ASAL: Felda Pemanis, Johor, JAWATAN: Presiden MBFM dapat didikan dari Datuk Ramli, direstui oleh Dato Dzul, pernah menjadi org kerpecayaan Dato Dzul, KERJA: Sendiri Kontrektor, difahamkan bnyk jugak dpt job dari Felda, CITA2: Nak jadi wakil rakyat. PRINSIP: Bela Warga Peneroka, Jgn bagi org luar campur tangan hal2 Peneroka & Felda.

Smlm di depan Balai Felda, Anuar dgn lantang mengutuk ANAK kerana campur tangan hal2 Felda, PERKASA tu bukan org luar ke? (Mazlan Aliman & Anuar Manap sama2 anak peneroka) dia juga kutuk org2 Felda yg tak boleh terima Isa Samad, Bila juruckp PERKASA kutuk DG, dia dilihat turut angkat tangan setinggi sampai nampak urat, tanda menyokong, nampak sngt kamu ni nak melobi tempat - calun dlm PRU 13 ini sbb itu lah sanggup belakangkan peneroka, jiran2, waris2 dan kawan2 kamu. bersekonkol dgn bekas2 pengkianat negara, bekas org2 kuat PKR, mengutuk semua warga Felda yg anti Isa. Nak tunjuk dgn Isa yg kamu buat keja la tu. Jangan mcm itu, kamu nak jadi wakil rakyat kena tunjuk amalan yg baik, peradaban yg baik, baru ada pengikut2 setia, kalau org kata "anak siapa la tu" malu tak keluarga kamu, jgn belajar berpolitik dari Isa, depan aja org suka, bayar duit baru ada penyokong, lain lah kamu ada banyak duit maka politik ala Isa bolehlah diamalkan, belajar dari org2 politik yg tak amalkan rasuah, tak amalkan bagi duit tetapi masih ada banyak pengikut.

Ingat Anuar klu nak jadi wakil rakyat jgn hina peneroka tak kira lah fahaman politik apa yg mereka amalkan, Fahaman politik seseorg itu boleh berubah2, Jangan meludah ke langit, bersihkan apa yg tak bersih dlm MBFM, agak rama jugak yg tahu, banyak bukti ne, nanti SPRM masuk abis cita2 politik kamu, Ajar anak2 buah kamu supaya biadap sikit bila berinterasi dgn org2 yg lebih tua drp mereka, tak kira lah bila berbalah isu2 hangat, jangan taksub sngt kepada ISA itu, dia dah tua bangka, akan pergi sikit masa lagi, perjalan kamu masih jauh. "What goes aroung comes around" Jdn malukan nama keluarga bila ada kebongkaran dlm MBFM nanti. Di fahamkan kamu tak popular di Chini, Alor Star dan Terengganu. Jgn aibkan DG sampai ketahap mcm DG tu asing bagi kamu, siapa yg didik kamu. Jgn jadi ayam jantan yg berkokok satu kampung ekor berlumur dgn tahi. Ini bkn ugutan, ini cuma nasihat dari kami yg jauh lebih matang dari kamu. Kami suka klu ada anak2 peneroka yg berjaya, tetapi cara yg terpuji, bkn cara yg terkeji. Berhati2, Isa mengamalkan cara politik George Bush "you coming with me or you be my enemy" ketika mula2 ingin menyerang Afghhanistan. Trima kasih Taufik Hedayad pinjamkan ayat2 itu. Skng Felda didalam Genggam "REGIM ISA SAMAD" Isa akan hapuskan sesiapa saja yg dianggap musuh. it could be you one day...

Di "post" oleh : Bro Yee dalam Saya Warga Felda !!!